MAZNI BINTI SAMSUDIN KAULAH RATU HATIKU YANG BANYAK BERKORBAN DALAM MEMBESARKAN AKU SEHINGGA SEKARANG PEMERGIAN MU AMAT MENGEJUTKAN KAMI SEKELUARGA SEMOGA UMI DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN AMIN
16/2/2016 - Tepat jam 8.00 pagi umi suruh aku siap siap untuk pegi KPJ perda dekat dengan umah aku perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk sampai KPJ , sampai je depan pintu kecemasan umi terus turun tanpa di temanni aku, masa tu aku sibuk cari parking dengan perasaan sebak gegila sebab tak bleh teman umi masuk kecemasan sebab tak jumpa cari parkingthen bila dah parking aku terus lari pegi kecemasan dan terus tersenyum nampak muka umi, then apa lgi aku terus mendekati umi dan masa kail umi dikelilingi dengan nurse dan dua orang dktor pakar jantung dan salah sorangnya doktor safari, doktor ni baik gegila dengan umi aku then tetib dia ajak aku keluar dia cakap kakak doktor terpaksa warded umi sebab jantung umi bengkak 60% dan masa tu hanya Allah ja tahu perasaan seorang anak bila doktor bagi tau situasi umi masa tu dan aku terus capai telefon dan aku wasap smua family umi dan abah aku dan kawan-kawan umi masa di Nebraska, sekolah smka Irsyad dan kawan-kawan umi di smk Simpang Empat untuk bacakan d]yassin dan doakan kesihatan umi.tepat jam 6.00 petang Medical Assistant (MA)datang menghampiri aku untuk bagitau bahawa dorang nak masukkan umi di wad Dahlia level 5 so aku pun ikut lah nurse yang tolak umi sampai ke bilik wad Dahlia then aku kemas2kan sikit bag beberapa minit kemudian abah aku dan pak njang aku terus datang untuk gantikkan aku sebab ak nak balik kejap amik pakaian aku di umah, then lepas mahgrib terus aku pegi KPJ dan jaga umi sampai keesokkan paginya.
18/2/2016- Hari kedua umi dalam wad jam 5 pagi umi dah bangun untuk solat sunat dan mandi so masa tu aku akan minta cleaner kemaskan bilik umi dan tukar cadar katil umi dan masa tu aku akan siapkan semua pakai umi dan tudung. Sepanjang umi dalam wad umi nak pakai baju kurung yang hari-hari umi pakai pergi mengajar dan masa tu aku dah rasa pelik dengan umi kenapa sebelum ni masuk KPJ nak pakai baju biasa2 ja tapi kali ni umi nk nampak cantik dengan berbaju kuung so aku sebagai anak layankan permintaan umi yang manis dengan senyuman tuuu so dalam pukul 11 pagi Dr Safari datang check dan masa tu jantung umi semakin bengkak tapi umi masih boleh gelak kuat2 dan melawak macam orang sihat. petaang tu nurse datang ajak umi pegi buat angio dan sampai ja bilik angio umi baring atas katil dan dr xblh buat sebab umi batuk bila bgun ja dari katil umi gelak kuatt sangat sebab jadi macam tuu dan malam tuuu ikah jaga umi sebab aku kena balik kemaskan umah dan hantar adik laki aku pegi sekolah dan sepanjang perjalanan aku nak balik umah aku rasa sedihh dan air mata aku turun dengan laju sebab aku rasa sedih sangat kali ni umi kena admit wad dan keesokan paginya umi boleh balik dengan hati yang gembira tapi ak rasa tak sedap hati sebab pada asalnya dr tak bagi umi balik sebab jantung umi semakin bengkak dan paru-paru umi mula berair
19/2/2016 - umi dibenarkan pulang dan umi smpai umah jam 10 pagi masa tu muka umi happy gila sebab dapat balik umah dan umi terus grab nasi yang aku masak sebab lapar nasi aku masak so aku pun pegi layan umi makan nasi buatkan air milo then tepat jam 12 tgahri kawan2 cikgu smk simpang empata datang ramai gegila dan tetamu datang tak putus2 sebab nak melawat umi di umah sebab ada yang tak sempat nak melawat umi di hospital so dorang melawt umi di umah dan umi happy gegila dapat jumpa dan selfie dengan kawan2 dia..pastu pada jumaat malam sabtu ni umi request nak tido bilik aku sebab umi cakap nak tido sensorang atas katil bilik aku then senang nak bernafas so aku pun layankan ja semua permintaan umi and alhamdulillah walaupun umi tido tak nyenyak sebab sesak nafas tapi umi selesa dan aku dan adik perempuan aku gilir2 bangun sapukan ubat dan minyak sampai umi tido dan alhamdulillah umi berjaya tido sampai subuh wee
20/2/2016 - Umi bangun pagi dengan senyumam sebab nak minta aku belikan roti benggali di kedai umah aku so aku pun pegi beli pastu balik umah aku sediakan roti dan segelas air milo panas dekat umi so alhamdulillah umi makan dan minum sampai abis kemudian aku suruh umi makan ubat sebanyak 8 jenis ubat umi kena telan then umi wasap dan sembang2 dengan kami adik beradik smpai umi tertdo. Lepas zohor macam tu kawan baik umi datang melwat umi dan masa tu mukaa umi senyuummmm happyy gegila dapat sembang dengan kwan baik dia then smpai petang tetamu still datang melwat umi dan tetamu terakhir datang adalah maklang aku dan masa tu umi aku happy gegila ramai kawan2 dia datang melawat pastu di bgtau mklang aku dia letih sebab tak rehat ramai sangat tetamu so lepas mahgrib mklang aku balik dan umi aku mandi untuk solat mahgrib lepas solat mahgrib umi baca quran then umi makan nasi ayam yang aku masak tengahri tuu umi makan banyak gilaaa then dalam pkl 9 umi makan ubat then umi sempat wasap dengan cikgu2 smkse dan pkp smkse dan pkul 10 macam tu umi letak fon dan umi tido. Masa tu aku kalut kemas umah iron baju abah smua sebab keesokkannya aku nak balik KL dan sebab buka semester baru so aku pun buat lah apa yang patut sbb pada masa yang sama batch 66 smka irsyad kwan2 umi nk datang melawat. Then dalam pukul 11 adik perempuan aku ajak tido sebb train aku pukul 7.20 pagi then masa aku dalam toilet adik perempuan aku menjerit2 panggil kakak mai tengok umi then masaaa tuuuu aku terkaku tgok muka dan mata umi pandang keliling umah then aku cepat2 pegi tepi telinga umi ajar mngucap then tok cik aku call ambulans and ambulans datang nadi umi dah tak boleh baca tapi maklang, maktam aku smua xbagi aku down dorang cakap umi ok masa tu aku menjerit nangis tapi mktam dan maklang aku kuatkan semangat aku kata umi akan ok then ambulans bawa umi pegi kecemasan hospital sebrang jaya dan umi ditemani oleh maktam sepanjang dalam ambulans. sampai ja hospital aku terus masuk bilik kecemasan nak jumpa umi tapi tak dibenarkan aku hanya sempat ambik bantal umi tido ja then 20 minit kemudian maktam aku, pak ndak aku, abah aku keluar dengan muka sedihhh dann buat isyarat tiadaa then aku terus menjerit nangis then maktam cakap umi dah meninggal Innalillah... masa tuu hanya tuhan ja tau perasaa seorang anak aku memang nangis gila masa tu tak pikir orang lain dah then aku jadi blur xtau nak buat apa sebab tak percaya umi pergi tinggalkan kami sekeluarga dan alhamdulillah pengurusan jenazah smua dipermudahkan seperti yang diiinginkan oleh arah umi semua anak-anak umi tunaikan alhamdulillah.
18/07/1966-20/02/2016
50 tahun usiamu
Mazni Binti Samsudin
Bidadariku
segala permintaan umi smua sudah dimakbulkan umi
alhamdulillah
berehatlah wahai umiku sayang
doa dari anak-anak umi sentiasa mengiringimu umi sayang
semoga umi tenang di sana dan tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman